Lagu Laungan Cinta di pintu masuk Carta IKIM.FM

pencalonan_IKIM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Apa khabar? harap2 sihatlah hendaknya ye

Alhamdulillahhh

Ssetelah beberapa bulan sejak mula dikeudarakan di radio IKIM.FM, akhirnya pada minggu ke 26 Musim Keenam, single sulung kami “Laungan Cinta” kini berada di pintu masuk carta IKIM.FM. Pencalonan terbaru la maksudnya. He he

Berikut merupakan kedudukan carta IKIM.FM sebagaimana diambil dari blog http://cartanasyid-ikim.blogspot.com/.

 

Musim Keenam: Minggu 26

CARTA IKIM.FM Musim Keenam – 30/06/2013 (Minggu 26) 

1. Iman Aman – Inteam (-) (9)
2. Maha Suci Allah – UNIC feat. Amer AlMawlid (+1) (14)
3. Kasih Padamu – Hafiz Hamidun (+1) (23)
4. Sahabat – Najwa Latif feat. Syamkamarul & Sleeq (lagu baru) (1)*
5. Aku Yang Berdosa – Shahir (-) (18)
6. Warkah Cinta Berbau Syurga – Imam Muda Nazrul feat. UNIC (-4) (13)
7. Seiring Sehaluan – UNIC (-1) (26)
8. Kasih – Mestica feat. Dakmie (-) (3)
9. Rindu Ini – Du’a feat. Ustaz Amal, AlKautsar, Azfar & Anas Tahir (+1) (12)
10. Ingin Bersamamu – AlMawlid (-1) (3)

Pencalonan Baru 
Tandus – Destiny
Perjalanan Hati – Firdaus Mokhtar
Jauh Ke Syurga – Ana Raffali
Usah Berpaling Lagi – Wildan
Laungan Cinta – Voice of Men*

Lagu Terkeluar 
7. Satu – Imam Muda 3 (1 minggu)

Tetamu Minggu Ini: Saff One

 

Walaupun belum masuk lagi carta IKIM.FM, baru berdiri di pintu masuk shj, tetapi – bersyukur dan excited! itulah perasaan kami.

So kawan-kawan semua, bantulah kami ye! anda boleh bantu kami menjejakkan kaki ke dalam carta dengan of course, mengundi lagu Laungan Cinta. Bagaimana? Haa, sekali lagi mohon pinjam maklumat dari blog http://cartanasyid-ikim.blogspot.com:

Cara 1: Pengundian menerusi E-mel

1) Pilih LIMA (5) lagu berlainan daripada senarai
– lagu sedia ada dalam carta dan/atau
– lagu pencalonan baru

2) Hantarkan undian anda ke alamat emel carta@ikimfm.my

Cara 2: Undian di laman sesawang Ikim.fm

Terus ke slot undian Carta Ikim.fm. di http://www.ikimfm.my/index.php?option=com_content&view=article&id=172:undian-carta-ikim-fm&catid=66

Anda boleh memilih lima buah lagu yang menjadi kegemaran anda untuk diundi (pilihlah lagu Laungan Cinta sebagai salah satu lagu dalam 5 lagu tu ye)

Sekian sahaja entry kali ini.
wassalam (^_^)

Posted on July 4, 2013 in Updates

Leave a reply

Back to Top