Pesan Abah Buat Amina Lyrics
Song by: Lutfi Voice of Men, Fathul Voice of Men
Lyrics by: Lutfi Voice of Men
Artists: Voice of Men
Album: This Is My War featuring Ameen Misran
Published: 2015
Verse 1:
Sayang abah Amina Arissa,
Senyumlah oh senyumlah,
Bawalah bersama segala bahagia,
Sembuhkan jiwa lara.
Verse 2:
Sayang ibu Amina Arissa,
Lihatlah oh lihatlah,
Betapa melimpah nikmat milik kita,
Indahnya di mata namun tidak kekal selamanya.
Chorus:
Sayangku dengarlah kata-kataku,
Ku lihat pada wajahmu kebahagiaanku,
Membesarlah sihat sempurna,
Jadi permata berharga hiasi diri ke arahnya,
Pesan abah buat Amina.
Verse 3:
Sayang abah yang bernama Amina Arissa,
Hadiahkanlah senyuman istimewa,
Kerana senyumanmu bisa menenangkan,
Oh jiwa oh minda,
Oh jiwa dan raga,
Jangan dijatuhkan air matamu sayang.
Verse 4:
Sayang ibu Amina Arissa,
Lihatlah oh lihatlah,
Betapa melimpah nikmat milik kita,
Indahnya di mata namun tidak kekal selamanya.
[Chorus]
Verse 5:
Tidak mengapa sayang andai rebah di pertengahan jalan,
Semua hanya warna-warna yang mencorak kehidupan,
Tiada yang sempurna fitrahnya manusia,
Walau sukar ujiannya ingat Dia sentiasa.
[Chorus]
Comments are closed.