Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera, Salam perpaduan
Sementara menantikan update terbaru tentang next project Voice of Men iaitu penerbitan lagu “Women We Love”, jom kita berkenalan lebih rapat lagi dengan ahli-ahli VMEN.
So, untuk yang tak tahu, VMEN ialah kumpulan vocal berharmoni terdiri daripada 5 orang iaitu Fath, Lutfi, Jem, Hakim dan Yus. Untuk entry pada kali ini apa kata kita selami latar belakang salah seorang ahli paling lama dan paling tua matang dalam VMEN, iaitu Lutfi.
Lutfi dan serba sedikit tentang dirinya
L U T F I (bukan LUFTI, LUTHFI mahupun LUTI ye) atau nama penuhnya Muhammad Lutfi bin Othman telah dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pada 1 Julai 1985. Beliau ni seorang yang hyperactive, adventurous, curious dan sangat nakal pada masa keciknya. Orang tua-tua kata memang “Hero” lah. Semakin membesar, beliau jadi semakin matang dan sedikit demi sedikit menjadi insan yang boleh dikatakan agak baik juga lah (cewah).
Kelebihan dan kekurangan
Kelebihan Lutfi ni ialah dia seorang yang positif dan penyabar. Kelemahannya pulak, disebabkan dia selalu bersifat penyabar, bila had kesabarannya dilebihi, ha~ siap lah. Dan kelemahan paling utama adalah dia suka buat kerja last minute, standard lah lelaki ye tak? He he
Keluarga
Lutfi dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana Hj. Othman Mustaffa dan juga Dr. Hjh. Hamidah Ahmad. Beliau mempunyai seorang adik, Fatimah Azzahrah Bt. Othman yang kini sedang belajar di UIA. Pada 4/2/13 Lutfi telah mendirikan rumahtangga dengan pilihan hatinya, Hafishah Bt. Ab Hamid dan pada 22/2/12 mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata yang cun melecun diberi nama Amina Arissa (baby yang muncul dalam muzik video Laungan Cinta tuu~)
Pendidikan
Macam biasalah, kalau nak berkenalan/ bertaaruf dengan seseorang tu kita mesti suka nak tau dia sekolah mana, belajar kat mana etc ye tak? So kronologi pendidikan Lutfi adalah lebih kurang seperti berikut:
- 1990 – Tadika Islam Kampung Melayu, Johor
- 1991 – Tadika Tunku Syariah, Larkin, Johor
- 1992 – Sekolah Kebangsaan Larkin 2, Johor & Sekolah Agama Kampung Kastam
- 1995 – Sekolah Kebangsaan Taman Suria, Johor & Sekolah Agama Kampung Kastam
- 1997 – Archbishop Holgate’s School, York, England
- 1998 – Maktab Sultan Abu Bakar (English College), Johor & Sekolah Agama Dato’ Onn
- 2000 – Maktab Rendah Sains Mara Taiping, Perak
- 2003 – Kolej Matrikulasi Melaka, Londang,
- 2004 – Universiti Teknologi Malaysia – Bachelor Degree Civil Engineering
- 2009 – Universiti Teknologi Malaysia – Masters of Engineering (Civil – Structure)
Lutfi di Sekolah Kebangsaan Taman Suria
Aktiviti semasa sekolah/ belajar
Lutfi merupakan seorang pelajar yang aktif berpersatuan dan bersukan semasa bergelar pelajar. Dari ketua darjah, pengawas sekolah, pengawas perpustakaan, sehinggalah ke Exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, semua dia pernah jadi. Macam agak gila kuasa jugaklah. Haha. Sukan pula beliau pernah mewakili sekolahnya untuk sukan hoki, bolasepak dan rugby.
Alam pekerjaan
So selepas sahaja Lutfi memperoleh ijazah sarjana/masters dalam bidang Kejuruteraan Awam, beliau pun mula lah melangkah ke alam pekerjaan. Beliau pernah bekerja sebagai Junior Engineer di Uniti Consultant, Johor Bahru dan juga Bridge Engineer di Evenfit Consultant, Kepong sebelum akhirnya kini berkhidmat sebagai pensyarah kejuruteraan awam di Politeknik Mukah Sarawak.
Terjebaknya dalam kancah seni suara
Al-kisah~ semasa di English College (EC) dahulu, beliau selalu azan di surau sekolah. So, dari situlah sebenarnya tercetusnya minat beliau untuk mendalami seni suara. Platform paling popular untuk bidang nyanyian kalau di sekolah dulu, sudah tentulah nasyid dan juga bertarannum kan. Kalau nak ikutkan kata Lutfi, katanya dari dia tadika lagi sebenarnya dia dah join buat persembahan nasyid dah. Tapi backup singer la. He he. Minatnya dalam bidang seni suara dan nasyid ini kemudiannya diteruskan dari sekolah rendah, sekolah menengah, kolej sehinggalah ke menara gading.
Lutfi menjadi backup singer nasyid semasa tadika Islam
Malam bakat minggu haluan siswa UTM
Lutfi dan rakan-rakan nasyid Kolej Tun Hussein Onn, UTM
Lutfi bersama Voice of Men di awal penubuhan
Kecenderungan genre muzik
Kalau kawan-kawan sebaya Lutfi ni dulu ramai yang minat rock kapak, slow rock atau balada macam XPDC, Spoon, May, Exist dan macam-macam lagi, dia ni pulak lebih berminat kepada irama nasyid kontemporari, pop, jazz dan R&B. So, Lutfi suka lah explore cara nyanyian lagu-lagu R&B dan pop dari artis-artis seperti Anuar Zain, Hazami etc. Kalau penyanyi berkumpulan, paling dia minat ialah kumpulan Innuendo, VE dan Ruffedge yang sekarang dah membentuk kumpulan Al-Mawlid. Malah kumpulan Al-Mawlid tu pun dia suka gila. He he.
Harapan dalam Voice of Men
Beliau berharap dapat menyampaikan mesej-mesej positif dan bermakna kepada masyarakat melalui lagu-lagu Voice of Men. Selain itu, beliau juga berharap agar para pendengar dapat menerima Voice of Men seadanya iaitu sebagai sebuah kumpulan vokal berharmoni yang dianggotai oleh ahli-ahlinya yang merupakan insan-insan sederhana.
Assalamualaikum…profile ahli VMEN yang lain x ada ke? excited nak baca nih~
koh3. Ada tapi sume belum sempat nak send lagi.